Sunday, September 25, 2011

Gigi


Balik dari kerja suatu hari, Nu'man tunjuk pada saya giginya. Anak ini yang waktu itu baru 9 tahun membuka mulutnya. Saya menjerit, kerana terkejut yang amat, dan rasa sedih bercampur baur. Apa tidaknya, gigi hadapannya yang cantik, putih dan baru masuk 2 tahun tumbuhnya itu telah patah! 2 batang gigi kapak kekal itu saya tengok telah patah serong. Kedua-duanya sekali! Saya terus ke doktor gigi supaya doktor boleh menilai sejauh mana gigi itu boleh dibetulkan. (Dalam hati berdoa supaya semuanya ok)

Itulah mulanya perjalanan ujian gigi Nu'man. Akibat dari jatuh tersembam di sekolah, 2 gigi itu telah patah serong. Hentakan yang kuat bukan saja menyebabkan ianya patah, rupa-rupanya akar gigi yang baru nak berkembang itu telah rosak. Hati saya menangis waktu itu. Menangis yang saya tak dapat tunjukkan padanya. Doktor Rusman menenangkan hati saya sedikit waktu itu, dengan menyebut ianya boleh dibetulkan. Tapi bagaimana dan berapa lama dia sendiri tak pasti. Setelah ditampal dan kelihatan macam gigi asal, kami balik ke rumah. Baberapa hari selepas itu, dia mula kesakitan. Gigi yang ditampal itu terasa sakit. Saya bawak semula dia ke doktor. Rupanya gegaran hentakan membuatkan akarnya rosak dan renggang. Dah berlaku infection. Hendak tak hendak terpaksa lah satu dari 2 gigi itu ditebuk untuk menghilangkan rasa sakit dan ubat tahan sakit yang diberi lebih berkesan. Gigi itu dah bernanah dan doktor cuci hingga bersih. Saya kena bawa dia ke doktor semula selepas seminggu.

Begitulah ujiannya. Ia bukan berakhir di situ saja. Gigi itu selalu saja sakit dan kena infection yang akhirnya doktor membuat keputusan yang rawatan akar(root canal treament) terpaksa dibuat. Maka bermulalah proses root canal. Setiap kali datang gigi dicuci bersih2 dan balik. Berkali-kali. Sampai masa hendak dibuat, doktor dapati ada masalah besar. Waktu itu 2 tahun dah berlalu sejak gigi itu patah. Akar gigi baru itu rupanya belum cukup berkembang dan lubang sarafnya agak besar. Susah untuk dibuat rawatan akar. Tapi doktor kata boleh cuba. Hati saya tenang sikit.

Proses rawatan akar bukan sekejap. Doktor dapati salah satu gigi tersebut dah pun mati. Akarnya rosak habis. Dan doktor kata lama-lama gigi itu akan jadi hitam. Tapi doktor teruskan juga dengan rawatan akar.

Setelah beberapa minggu rawatan akar selesai. Saya rasa lega. Anak itu pun nampak lega. Dia memang anak yang sabar. Tidak pernah mengaduh sakit waktu mengadap doktor gigi. Dia pun dah besar, tahun itu tahun UPSRnya. Tup-tup selepas UPSR, gigi itu sakit semula. Saya rasa pelik. Sebab dah buat rawatan akar sepatutnya susah nak sakit. Bergegas ke doktor lagi. Bila dibelek ditengok, rupanya rawatan gigi itu bermasalah. Mungkin kerana akarnya belum tertutup habis, rawatan itu kurang berjaya. Dan masih terkena infection. Doktor pun jadi serba salah. Option mencabut gigi itu adalah option terakhir. Dia masih budak lagi, takkan nak pakai gigi palsu. Lalu doktor Rusman pun 'melepaskan' kami. Kami diminta merujuk specialist untuk decide apakah langkah seterusnya.

Bayangkan specialist gigi. Rawatan biasa sahaja pun dah mahal. Inikan pula nak ke specialist. Saya talipon rakan doktor gigi kerajaan, untuk maklumat specialist kerajaan. Alhamdulillah, rakan mencadangkan specialist di klinik Jln Tanglin.

Dengan surat rujukan doktor, saya bawa dia ke klinik kerajaan Jln Tanglin. Klinik yang tenang dan damai bersebelahan Muzium Kesenian Islam itu menyejukkan hati. Biasalah klinik kerajaan, pemeriksaannya bermula dari A semula walau pun surat rujukan dah dibawa. Bagusnya ialah doktor akan nampak apa masalah dari awal. Pemeriksaan sungguh terperinci, x ray dan x ray dan x ray dalam masa beberapa kali kunjungan. Tapi mesti ikut masa yang ditetapkan. Kadang2 pagi, kadang2 petang. Kebanyakkanbya memang petang sekitar pukul 3. Pernah sekali kami terlambat setengah jam kerana jem, appointment terbatal dan ditunda ke hari lain. Frust betul. Tapi itulah klinik kerajaan. Alhamdulillah kosnya memang hampir tiada. Budak sekolah hanya bayar seringgit. Tapi prosesnya sangat lama. Kena pergi berulang kali. Selang 2 minggu atau sebulan. Saya terpaksa berkejar dari tempat kerja dengan izin Pengetua, ambil anak di Tadika dan terus bawa Nu'man ke klinik. Queue jumpa specialist memang panjang. Kalau miss satu appointment, kena tolak ke hari lain mungkin sebulan lagi. Bila dah terkena sekali memang serik.

Alhamdulillah, doktor tau masalahnya dan didapati root canal sebelum ini, terlebih tusuk ke dalam yang menyebabkan gigi itu sakit. Doktor cuci gigi dan balik. Next appointment cuci lagi dan balik. Kemudian keluarkan root canal yang lama untuk satu gigi dulu. Nu'man kata macam lega, takde rasa berat pada gigi. Kemudian cuci lagi, dan balik. Berulang kali dari tahun lepas hinggalah sekarang. Sebelah gigi dah pun selesai, rawatan root canal yang baru. Doktor kata lubang akarnya dah tertutup. Sebelah lagi masih dalam proses. Ada masalah sikit sebab untuk keluarkan root canal lama, tak dapat dikeluar semua. Baru separuh. So next appointment kami ialah November nanti.

Nampaknya berulang alik lagi lah saya ke klinik di Tanglin. Entahlah sampai bila.Allah beri ujian saya begini. Dia saja yang tau bagaimana susahnya bekerja, berkejar mengurus anak. Macam-macam hal. Kawan2 rapat memang dah faham kelam kabut rutin saya. Orang tak tau memang tak tau. Memang ingat saya keluar dari sekolah entah pergi ke mana, entah balik rumah berehat..Tidak sama sekali... Penatnya Allah saja yang tau..

Anak ini dah Tingkatan 1, dah mula rasa conscious giginya yang dah mula lebam. Tapi saya kena tunggu rawatan akar/root canal selesai barulah nak hilangkan lebam gigi...Hmm, entah berapa lama lagilah ni....Ya Allah permudahkanlah...

Tuesday, August 16, 2011

Menjaga Orang Alzheimer....

Lama blog ini tidak dikemaskini. Macam biasa bila dah lama dibiar, nak mula menulis semula agak payah. Bukan sebab dah lupa nak menulis macamana, cuma tak tau di mana nak mula. Banyak cerita dan rasa, tapi terlampau banyak.

Bulan Ramadhan ni macam biasa teringat abah di selatan tanah air yang 'keseorangan'. Walau pun duduk di rumah berdua, dia macam bersendirian. Isterinya (mak tiri saya), mengidap Alzheimer. Alzheimer ialah satu penyakit nyanyuk-lupa atau 'senile - dementia' yang dialami oleh sesetengah orang2 tua, selalunya yang berumur 65 tahun ke atas. Biasanya simtom awal tidak dapat dikesan, tetapi tanda2nya ada. Mula2 bertekak dengan abah pasal letak duduk barang, seperti kunci rumah, jarum benang, pinggan mangkuk, barang2 memasak dan sebagainya. Lama kelamaan, bila penyakit ini sampai ke tahap advance seperti yang dialaminya sekarang, dia dah jadi lebih keliru.Percakapannya tidak difahami, dia seperti mahukan sesuatu tetapi tiada perkataan betul yang keluar dari mulutnya. Hanyalah 'mumbling of words'. Badannya jadi terlampau kurus, hanya tinggal kulit dan tulang. Makannya kadang2 lupa, dan jadi cerewet dan memilih.
Siapa yang menjaga dia? Abah. Full stop. Tiada orang lain. Kesabaran abah diuji Allah lebih jauh lagi dengan penyakit ini. Terpaksa menjaga seorang yang lupa. Yang Alzheimer.Abah yang lebih memahami dia.

Mungkin ada orang yang tertanya2 kenapa anak2 tidak membantu? Ceritanya bukan pendek. Cuma Ramadhan ini doa yang banyak ialah untuk abah. Semoga Allah memberi abah ganjaran yang berlipat2 kali ganda kerana kesabaran dan kemuliaan hatinya. Biarlah Allah ringankan beban yang ditanggungnya. Janganlah ada masalah lain pula yang menimpa abah. Biar Allah berikan kesihatan yang baik untuk abah walau pun tinggal berbaki sedikit(abah ada sakit jantung, darah tinggi, gout,etc etc). Adik2 semua pun, doalah untuk abah. Ramadhan bulan yang kaya dengan keampunan, keberkatan, dan doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah. Jangan putus berdoa untuk abah...

Sunday, May 29, 2011

First Things First.....: Happy Teacher's Day

First Things First.....: Happy Teacher's Day

Wednesday, March 2, 2011

Rumplestiltskin

Anak Murid saya di Tingkatan 2 sedang sibuk menyiapkan props untuk drama Rumplestiltskin...Malangnya minggu ini mereka tak dapat nak melakonkan drama ini kerana masa pembelajaran dipendekkan untuk memberi laluan kepada sukan. Minggu depanlah...saya beritau mereka. Saya bersemangat tengok mereka bersemangat. Azahari dah siap buat pedang kecil kerana dia akan jadi Raja...Alif dengarnya dah beli hidung palsu sebab dia akan jadi Rumplestiltskin...Tu belum termasuk persiapan barang kemas palsu mereka macam rantai dan cincin yang akan diserah kepada Rumplestiltskin kerana menenun jerami jadi benang emas!

Wuhu...tak sabar nak tengok lakonan ni....

Tuesday, March 1, 2011

La Tahzan

Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya sentiasa berpegang kepada prinsip ini. Saya tahu kita merancang, namun Allah ialah Perancang yang terbaik. Memang ada kedukaan pada hati ini, tapi saya boleh cover.Kalau ikutkan hati ...mati, kalau ikut rasa binasa...(ada satu sign board tepi jalan di Kuala Pilah tulis macam ni) Mungkin macam tu lah rasa hati ini...Tak sabar nak sukan ni habis...supaya rasa hati ini hilang sebaik habisnya sukan...

Hari ini saya mula mengambil alih kelas Sains Tingkatan 2. Ada guru yang ucap 'welcome back' pada saya...Yes, memang 4, 5 tahun lepas saya mengajar subjek ini, tetapi kerana bebanan tugas, masa mengajar dikurangkan dan Subjek ini tidak tersenarai dalam jadual saya. Yang ini pun menimbulkan sedikit kedukaan di hati ini...kerana anak2 ini dah jauh tertinggal silibus. Tapi saya akan cuba cover. Harap2 mereka seperti saya juga, masih bersemangat untuk berterusan belajar dan belajar...Mengajar mereka bermakna saya juga akan belajar...alhamdulillah.

Monday, February 28, 2011

Hujung Minggu Yang Sibuk

Hujung minggu yang baru bermula iaitu Jumaat tengahari, saya dah bergegas mengambil anak di Kuala Pilah yang kena balik 'wajib'. Melalui 'LEKAS' perjalanan yang panjang dapat dipendekkan. Itu pun dah memakan masa 1 jam lebih.. Bertolak agak awal juga memandangkan anak ini sudah menunggu sejak lepas Jumaat kerana blok asrama dah pun dikunci untuk mengelakkan pelajar dari berada di dorm.
Sampai di SMSTJ tercari2 dia. Rupanya sedang bersembang...bila nampak kami, macam teragak2 mukanya. Waktu bersalam, dia menyebut sambil tergelak..' Ha hampir tak kenal abah..' Matanya memandang songkok yang dipakai suami. Memang songkok baru tapi designnya lain sikit. Sedikit tinggi di tepinya. Mak mertua kata songkok ala 'YB'. Hmm...

Sabtu berkemas sedikit selepas memasak sarapan pagi..Benda2 biasa yang saya suka buat bila berada di rumah...mengemas sikit2. Message dan panggilan telefon bertalu masuk kerana bayi Cikgu Fazliyati, rakan sekerja telah meninggal dunia kerana lahir tidak cukup bulan. Saya pergi ziarah sekejap bersama beberapa rakan. Cukup mengharukan melihat bayi sekecil itu yang cukup sifatnya dan wajah yang amat comel. Wajah ahli syurga.

Petang pulak sibuk uruskan hal anak2 yang kena beli itu dan ini. Habis sehari Sabtu.

Ahad tengahari ke jemputan kahwin anak seorang rakan. Meriah juga. ada pilihan makan capati selain nasi minyak. Jadi saya makan capati. Selesai kenduri cepat2 balik dan mengemas barang anak bujang yang nak balik semula ke Pilah. Dalam perjalanan, selepas area Taman Rekreasi Ulu Bendul, ada kereta masuk sungai dan terbalik dalam air cetek. Dalam perjalanan balik, jalan jadi jam....Sepatutnya sampai dalam maghrib,tapi jadi lepas Isya. Itulah perancangan Allah. Kita merancang Dia yang menentukan.

Itulah dia hujung minggu saya. Memang sentiasa bergerak ke sana ke mari...

Tuesday, February 22, 2011

What's Goin' On Lately


Angah at the closing ceremony of his orientation week, giving a speech.

It's been a while..

Angah is in SMS Tuanku Jaafar Kuala Pilah already. The first few days there he called a few times. Losing this and that, updated me on his classes and so on. We know he's ok. He hasnt called for a while. We kinda miss him. His Dad keep on asking me whether he had called or not. We definitely going to visit him this coming weekend. Just to see how's he doing.

Nu'man is in Form 1. He's a tough guy. Having to walk everyday about 3/4 mile to school across the hiway. I bet he's going to be slimmer by mid year. He did complained the first 2 weeks that his leg hurt. But now not anymore. He was selected to be in KAA class which includes Arabic Language as one of the extra subject. He's going to be ok too. As a mother, I know this...

Ammar is alone at the primary school now. Without his brother Nu'man tagging along like last year, he is brave. More mature as he got to make all the decisions related to school matter like when to go back, when is the sports training, what to buy during recess etc etc.

Muhammad is going to the same pre school. More confident this year, I hope. Sometimes I am late at picking him up after school and he didnt mind at all. He feels more secure with all the confidence of being at a very familiar place with familiar faces..He love drawing and singing although all the drawings and singing only related to Ultraman and Spiderman( sometimes related to stuff he learnt at school). I'm still amazed at his talent of memorizing melody. It is excellent...

Kakak is doing very well in her Uni...So far her result is very good, managed to get Dean's list every semester. I hope and pray that she keep up her good performance. College really teach her a lot in life...and she is still learning.

As for me....I'm still the same. Trying to help managing the school as best as I can although the problems that I have to face sometimes tough enough that I dont know when it will end. But they are challenges. Not obstacles. May Allah help me.

My husband? O, he is still the same handsome guy that makes my heart fluttered....